“Macam Pelamin Bajet Je..” – Penyanyi Rock Darkkey Nagaraja Kongsi Foto Di ‘Istana’, Netizen Kata Kena ‘Scam’?

Music
10 May 2023 • 11:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi sambarock tanah air, Darkkey Nagaraja baru-baru ini mengumumkan bahawa dia telah menerima gelaran Dato’ di sebuah istana yang tidak diketahui lokasinya.

Menerusi satu hantaran Facebook, Darkkey dilihat lengkap berpakaian sut berlatar belakangkan ruangan berwarna kuning yang sinonim dengan kerabat diraja.

Namun begitu, penyanyi itu tidak pula berkongsi lanjut mengenai gelaran yang diterimanya tetapi bersyukur dan menganggap ia sebagai satu kebanggaan buat dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, di sebalik ucapan tahniah yang diterima Darkkey, ada juga yang mempersoalkan kesahihan berita tersebut kerana ‘istana’ terlihat seperti sebuah muzium.

Darkkey, saya peminat anda tetapi selepas melihat perkongsian ini di Instagram, saya lihat background dan saya rasa kecewalah.

Saya tak pasti ada orang scam awak atau tidak tetapi istana sebenar rupanya tak begini. Kesan stapler pun elok-eloklah sedikit.

Sehingga kini, masih tiada penjelasan daripada penyanyi itu di sebalik kecaman yang diterimanya itu di media sosial.

image is not available 6 jam lalu

Kening Cantas, Pakai Baju Lelaki, Cik B Jadi Mangsa Kecaman Netizen -"Tutup Aurat, Jadilah Wanita Sejati"

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved