‘Macam Permukaan Bulan’, Keadaan Terkini Sebahagian Jalan Raya Di Sabah Curi Tumpuan Ramai

28 Sep 2023 • 5:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sebahagian jalan raya di Sabah disamakan macam permukaan bulan

Macam Permukaan Bulan, Keadaan Terkini Sebahagian Jalan Raya Di Sabah Curi Tumpuan Ramai. Baru-baru ini, satu hantaran tular semula beberapa gambar dan video menunjukkan sebahagian jalan raya di negeri Sabah kembali semula seperti ‘permukaan bulan’.

Dalam pada itu, memetik laporan, ramai mendakwa penggunaan bahan tidak berkualiti menjadi punca jalan raya terbabit menjadi rosak semula seperti sebelum ini.

Menerusi perkongsian seorang individu di laman Facebook, beliau mempersoalkan tindakan kontraktor yang menyelenggara Jalan Gum-Gum Batu 16 yang menggunakan batu halus dan diletakkan di atas permukaan jalan raya.

image is not available
Sumber: facebook

Selain itu, penggunaan bahan sedemikian telah menyebabkan jalan yang baru berturap mulai pecah dan menyukarkan pengguna jalan raya yang melalui laluan berkenaan.

Minta jalan raya di Sabah diselenggara dengan baik

Menurut sumber, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, meminta jalan raya di kawasan beliau perlu dibaiki dan diselanggara dengan baik kerana ia merupakan laluan utama ke Sandakan.

Sebelum ini, warganet memuji penduduk setempat yang berani menyuarakan isu rakyat, termasuk situasi jalan raya yang teruk kepada baginda semasa jelajah tempoh hari.

image is not available
Sumber: facebook

Untuk makluman, pada awal bulan September lalu, penduduk di Sabah berasa gembira apabila melihat masalah permukaan jalan raya yang dihadapi sekian lama telah diselesaikan apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah berkenan memulakan jelajah Kembara Kenali Borneo.

Baca juga artikel yang terkini: