“Macam Tak Ada Maruah, Otak Kat Jubo” – View Chin Dan Isteri Dikecam, Didakwa Buat Konten ‘Double Meaning’

LocalEntertainment
20 Jul 2026 • 11:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Usahawan dan pempengaruh kontroversi, View Chin bersama isterinya, Amirah sekali lagi menjadi perhatian selepas kandungan terbaharu mereka menerima kritikan daripada pengguna media sosial.

Menerusi rakaman pendek yang dikongsikan, Amirah dilihat sedang berbaring sebelum View Chin muncul dalam situasi yang disifatkan segelintir netizen sebagai mempunyai unsur dan maksud tersirat.

Advertisement

Walaupun pasangan itu mungkin berniat menghasilkan kandungan berbentuk jenaka antara suami isteri, beberapa pengguna media sosial mendakwa cara penyampaiannya keterlaluan sehingga menyerupai kandungan ‘soft porn’.

Seorang netizen mempersoalkan keperluan pasangan tersebut menghasilkan kandungan sedemikian secara terbuka meskipun mereka sudah berkahwin.

Mirah view chin

“Perlu ke buat content mcm ni? Tawla dh kawen tp hormat sikit org bujang oiii.”

Dalam masa sama, ada yang menganggap kandungan berunsur ‘double meaning’ itu tidak sesuai untuk dikongsikan kepada tontonan umum, terutama apabila media sosial turut diakses oleh golongan lebih muda.

View this post on Instagram

“Macam maruah dia daa hilang laki bini buat content stupid. Otak dkt jubo.”

Seorang lagi pengguna media sosial turut menyifatkan kandungan tersebut sebagai kurang sopan dan boleh mencemarkan imej pasangan berkenaan.

“Mcm takde maruah buat content double meaning mcm ni.”

Bagaimanapun, reaksi tersebut hanyalah pandangan pengguna media sosial terhadap video berkenaan. Setiap kandungan juga boleh ditafsirkan secara berbeza bergantung kepada cara penonton memahami aksi dan dialog yang ditampilkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syed Saddiq2026-07-20 10:50:28

"Dari Hati Yang Ikhlas, Saya Nak Fokus Bina Rumah Tangga Bersama Bella Astillah Dulu" - Syed Saddiq

The post “Macam Tak Ada Maruah, Otak Kat Jubo” – View Chin Dan Isteri Dikecam, Didakwa Buat Konten ‘Double Meaning’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved