“Macam Tengah Tengok Bola” – Reaksi Spontan Si Bapa Lepas Lihat Result SPM Anak Jadi Perhatian [Video]

28 May 2024 • 3:04 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Semalam (27 Mei) merupakan hari yang mendebarkan buat calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2023. Ia merupakan hari di mana keputusan peperiksaan penting itu keluar.

Keputusan ini bukan sahaja ditunggu oleh calon bahkan ahli keluarga khususnya ibu bapa turut sama menantikannya.

Bagi sesetengah orang, keputusan ini dianggap sebagai hadiah hasil usaha keras dan penat lelah mereka selama ini dalam memperoleh keputusan sedemikian.

Malah, majoriti ibu bapa sudah pasti akan berasa gembira sekiranya anak yang tersayang mendapat keputusan cemerlang bagi peperiksaan itu.

Bersorak Macam Tengok Bola

Begitu jugalah perasaan seorang bapa selepas melihat keputusan cemerlang anaknya.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @irdnsaa, kelihatan bapa Irdina bersorak selepas melihat keputusan SPM yang diperolehi oleh adiknya, Qhaisara Nisa.

Difahamkan, adiknya yang bersekolah di salah sebuah sekolah menengah yang terletak di Sungai Petani, Kedah itu berjaya memperoleh semua A bagi sembilan subjek yang diambil.

Pada awal video berkenaan, kelihatan ibu bapa Irdina duduk di sebelah adiknya dan berdebar menunggu keputusan keluar ketika menyemaknya secara dalam talian.

Apa yang menjadi perhatian adalah reaksi spontan bapa Irdina yang terus bersorak seperti meraikan kemenangan pasukan bola kegemarannya selepas melihat keputusan itu.

@irdnsaa

congrats my bbg!!! So proud of youuu for getting straight A’s!! #spm2023

♬ Someone To Stay – ALI

Reaksi Bapa Undang Perhatian Ramai

Menerusi video yang telah mendapat lebih 760 ribu tontonan itu, rata-rata warganet terhibur melihat reaksi si ayah.

Malah, kebanyakannya juga turut mengucapkan tahniah kepada wanita itu atas kejayaan cemerlang yang diperolehi adiknya.

Namun, ada segelintir warganet yang meluahkan rasa sedih kerana reaksi ibu bapa mereka tidak sama seperti yang diharapkan.

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang terdiri daripada calon SPM 2024 turut mendoakan agar diri mereka memperolehi kejayaan yang sama dengan adik Irdina itu.

Berikut antara komen warganet:

“Bahagianya Tengok Reaksi Ayah Dia”

image is not available

“Aku Buka Online Pun Tengok Sendiri, Nangis Sendiri, Bagitahu Parents Takde Reaksi Pun Diorang”

image is not available

“Comelnya Reaksi Ayah Dia”

image is not available

“Reaksi Ayah Awak Macam Tengah Tengok Gol Bola”

image is not available

“Ayah Dia Punya Reaksi, Aku Tengok Pon Rasa Sedih”

image is not available

“Apa Pun Keputusan, Sentiasa Bersyukur”

image is not available

Source: