MacBook Neo dilancarkan semalam sebagai MacBook paling mampu milik pernah ditawarkan oleh Apple dengan ia menggunakan cip A18 Pro yang sebelum ini menguasakan iPhone 16 Pro. Oleh itu ramai agak risau walaupun murah, MacBook Neo mungkin tidak cukup berkuasa untuk digunakan melakukan tugasan harian.

Sehari berlalu dan pagi ini ujian penanda aras Geekbench untuk MacBook Neo telah muncul di laman web. Berdasarkan markah yang dicatatkan, komputer riba ini lebih berkuasa apabila dibandingkan dengan sebuah MacBook Air M1. Perbezaan skor tidak begitu ketara tetapi ia menunjukkan dalam masa lima tahun cip untuk iPhone kini lebih berkuasa berbanding cip untuk MacBook.
Di bawah ialah beberapa lagi perbandingan skor MacBook Neo dibandingkan dengan iPhone 16 Pro Max, iPhone 17 Pro, MacBook Air M1, dan Samsung Galaxy S26 Ultra.
| Peranti | Satu Teras | Multi Teras |
| MacBook Neo | 3461 | 8668 |
| Apple iPhone 16 Pro Max | 3359 | 8129 |
| Apple iPhone 17 Pro | 3560 | 8835 |
| MacBook Air M1 | 2346 | 8342 |
| Samsung Galaxy S26 Ultra | 3651 | 10,819 |

