Machines Membuka Kedai Konsep Kedua Di One Utama – Menawarkan Sesi Penguasaan Produk

TechnologyDigital
26 Jun 2023 • 2:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

  • Info
  • Teks asal: Fatihah Az-Zuanie

Komited dalam memberikan pengalaman pelanggan yang lebih premium berserta dengan penawaran produk yang lebih meluas, Machines yang berstatus Apple Premium Partner selepas melancarkan kedai konsep pertama mereka di Pavilion Kuala Lumpur, hari ini telah melancarkan kedai konsep kedua di Malaysia, bertempat di One Utama Petaling Jaya.

image is not available

Apa yang membezakan kedai konsep Machines dengan kedai Machines yang lain adalah terdapat sudut khas bagi pelanggan mempelajari penggunaan serta demonstrasi dan bengkel, yang bertujuan memberi peluang kepada pelanggan meneroka segala potensi yang ada apabila menggunakan produk dari Apple seperti Mac dan iPad. Malah Machines turut menyatakan yang mana kakitangan kedai konsep Machines ini juga menerima pentauliahan dari pihak Apple.  

image is not available

Machines Apple Premium Partner turut menyediakan ruangan khusus Apple at Work. Ia merupakan bahagian yang menawarkan pelbagai produk daripada ekosistem Apple untuk kegunaan produktiviti pejabat, selain menyediakan bantuan dari kakitangan terlatih untuk mengesyorkan produk terbaik untuk kegunaan anda.

image is not available

Machines turut menawarkan pelbagai tawaran seperti rebat RM100 bagi pembelian Machines Protection Plan, terhad untuk 50 pelanggan terawal bermula hari ini, 26 Jun sehingga 2 Julai 2023, serta pelbagai promosi lain yang boleh anda dapatkan melalui pembelian barangan di kedai rasmi kedua Machines Apple Premium Partner ini.

image is not available