Macklemore Buka Tirai Jelajah Free Palestine Di Dublin, Hozier Antara Artis Jemputan Rahsia

WorldMusic
27 Oct 2026 • 10:29 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Macklemore Buka Tirai Jelajah Free Palestine Di Dublin, Hozier Antara Artis Jemputan Rahsia

Macklemore telah memulakan jelajah Free Palestine di Dublin, Ireland, dengan menampilkan penyanyi Hozier, kumpulan rap Kneecap dan kumpulan muzik folk Beoga sebagai artis jemputan.

Konsert pembukaan yang berlangsung di 3Arena itu berjaya menarik sehingga 13,000 penonton, dengan tiket habis dijual sebelum acara berkenaan berlangsung.

Menariknya, barisan artis yang bakal membuat persembahan dirahsiakan sehingga hari konsert berlangsung, sekali gus menjadikan kemunculan tetamu istimewa antara tarikan utama acara berkenaan.

Macklemore Buka Tirai Jelajah Free Palestine

Image from: Macklemore Buka Tirai Jelajah Free Palestine Di Dublin, Hozier Antara Artis Jemputan Rahsia

Macklemore sebelum ini menjanjikan kehadiran ramai tetamu kejutan yang luar biasa, sekali gus mencetuskan keterujaan peminat yang hadir menyaksikan persembahan tersebut.

Selain persembahan muzik, suasana di luar arena turut memperlihatkan sokongan terhadap Palestin apabila ramai pengunjung mengenakan jersi Palestin, selendang keffiyeh serta membawa bendera Palestin dan Ireland.

Peniaga di sekitar arena turut menjual pelbagai barangan berkaitan Palestin, termasuk topi baldi dan bendera, selain barangan dengan logo kumpulan rap Kneecap.

Jelajah itu dimulakan Macklemore, nama sebenar Benjamin Haggerty, selepas beliau digugurkan daripada siri jelajah Loop Tour penyanyi Ed Sheeran susulan kenyataan terbukanya menyokong Palestin.

Baca juga:

Keputusan berkenaan dibuat bulan lalu selepas Macklemore menyebut “Free Palestine” ketika dua persembahan serta menyampaikan ucapan politik yang mengkritik tindakan ketenteraan Israel di Gaza.

Beliau turut menyifatkan jumlah kematian akibat serangan Israel di wilayah berkenaan sebagai pembunuhan beramai-ramai, dakwaan yang ditolak oleh Israel.

Sheeran kemudian menjelaskan bahawa keputusan menggugurkan Macklemore dibuat oleh pihak penganjur jelajah, bukannya dirinya sendiri.

Image from: Macklemore Buka Tirai Jelajah Free Palestine Di Dublin, Hozier Antara Artis Jemputan Rahsia

Menariknya, Kneecap dan Beoga yang membuat persembahan di Dublin turut pernah terlibat dalam jelajah Sheeran sebelum ini.

Macklemore turut memaklumkan bahawa hasil kutipan daripada jelajah Free Palestine akan disalurkan kepada organisasi yang membantu rakyat Palestin.

Selepas Dublin, beliau dijadualkan membuat persembahan di Paris pada Khamis sebelum meneruskan jelajah ke London pada Jumaat.

Konflik di Gaza semakin meruncing selepas Israel melancarkan operasi ketenteraan susulan serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, yang mengorbankan kira-kira 1,200 orang serta menyebabkan 251 individu dijadikan tebusan.

Image from: Macklemore Buka Tirai Jelajah Free Palestine Di Dublin, Hozier Antara Artis Jemputan Rahsia

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza yang ditadbir Hamas, lebih 70,000 rakyat Palestin terbunuh sepanjang kempen ketenteraan Israel, dengan angka tersebut dianggap boleh dipercayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagaimanapun, Israel menegaskan bahawa operasi ketenteraannya di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki bertujuan mempertahankan diri serta dijalankan mengikut undang-undang antarabangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved