Macron Henti Acara Di Nairobi, Tegur Hadirin Terlalu Bising Sampai Panel Tak Dengar

WorldPolitics
12 May 2026 • 8:57 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Macron Henti Acara Di Nairobi, Tegur Hadirin Terlalu Bising Sampai Panel Tak Dengar

NAIROBI – Presiden Perancis, Emmanuel Macron mencuri perhatian apabila bertindak menghentikan seketika sebuah acara di ibu negara Kenya selepas mendakwa suasana terlalu bising sehingga ucapan panel tidak dapat didengari.

Kejadian itu berlaku ketika program Africa Forward Summit 2026 yang berlangsung di University of Nairobi dan turut dihadiri golongan belia serta pemimpin dari beberapa negara Afrika.

Menerusi rakaman video yang kini tular di media sosial, Macron dilihat bangun daripada tempat duduk sebelum mengambil mikrofon dan menegur hadirin yang disifatkan terlalu bising ketika panel sedang bercakap.

“It’s impossible to speak,” katanya sambil meminta hadirin menghormati panel yang berada di atas pentas.

Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Memetik laporan media antarabangsa, tindakan spontan pemimpin Perancis itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang menyifatkan Macron hanya cuba mengawal keadaan supaya program berjalan lancar, namun ada juga yang menganggap cara beliau menegur hadirin dilihat agak keras dan kurang sesuai.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada siri forum melibatkan kerjasama antara Perancis dan negara-negara Afrika yang membincangkan isu belia, budaya serta pembangunan masa depan benua itu.

Setakat ini, pihak penganjur belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan. – The Malaysian Update

The post Macron Henti Acara Di Nairobi, Tegur Hadirin Terlalu Bising Sampai Panel Tak Dengar appeared first on The Malaysian Update.

View Original Article