Macron tolak peletakan jawatan Menteri Dalam Negeri

WorldPolitics
19 Oct 2026 • 3:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Macron tolak peletakan jawatan Menteri Dalam Negeri

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menolak peletakan jawatan Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez, susulan rusuhan besar-besaran yang melanda negara itu sepanjang hujung minggu lalu.

Pejabat Presiden Élysée hari ini memaklumkan, Macron mahu Nunez kekal menerajui kementerian itu bagi memastikan rantaian arahan dalam pasukan polis dan keselamatan tidak terjejas.

Beliau turut mengarahkan Nunez supaya segera merangka pendekatan baharu bagi menangani kegiatan menjarah premis perniagaan.

Rusuhan itu tercetus susulan kemarahan orang ramai terhadap peningkatan kos sara hidup, kemerosotan perkhidmatan awam serta keadaan sekolah.

Demonstrasi di seluruh negara bertukar ganas pada Sabtu apabila sebuah dewan bandar dibakar, kedai-kedai dirompak dan bangunan diconteng ketika kumpulan perusuh bertempur dengan polis di beberapa bandar.

Ketegangan berterusan pada Ahad apabila pertempuran kembali tercetus di Paris dan Marseille.

Polis rusuhan dikerahkan di kedua-dua bandar itu bagi menghalang cubaan kumpulan perusuh menjarah premis perniagaan.- AGENSI

The post Macron tolak peletakan jawatan Menteri Dalam Negeri appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved