Maddison cetus impak buat Leicester

Football
6 Nov 2022 • 10:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Maddison membuat dua bantuan gol untuk membantu kemenangan Leicester. - Foto Agensi

PEMAIN sensasi, James Maddison menjadi watak penting memacu kemenangan berharga Leicester City ke atas Everton 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Kemenangan hasil jaringan Youri Tielemans dan Harvey Barnes itu menyaksikan The Foxes keluar dari zon penyingkiran EPL di Goodison Park.

Ia juga menyaksikan Leicester yang bermula di kedudukan ke-18 mendaki ke tangga ke-13 selepas mengutip 14 mata daripada 14 perlawanan.

Skuad bimbingan Brendan Rodgers itu berkongsi mata dengan Everton, namun dua anak tangga di atas mereka disebabkan perbezaan gol.

"Saya rasa jika anda melihat tujuh perlawanan pertama kami bolos 22 gol, tujuh terakhir kami bolos tiga.

"Ia adalah peningkatan berterusan. Kami mempunyai pemain yang bertindak balas dengan cemerlang dan bermain dengan penuh keyakinan.

"Kami hanya mahu terus mendaki dan melihat di mana kami boleh menamatkan perlawanan sebelum rehat (Piala Dunia)," ujar Rodgers.

Kejayaan itu juga merupakan kemenangan ketiga Leicester daripada empat perlawanan

Dalam aksi itu Maddison mempamerkan aksi menyerang yang hebat pada separuh masa pertama.

Dia mempunyai dua peluang terbaik untuk menggegar gawang lawan, namun gagal menemui sasaran.

Bagaimanapun, Maddison berjaya membuat gandingan mantap bersama Tielemans di hujung separuh masa pertama dan pemain tengah Belgium itu merembat padu menewaskan penjaga gol, Jordan Pickford.

Maddison sekali lagi berpeluang meledak, namun percubaannya mengenai tiang kanan pada minit ke-60.

Walaupun tidak dapat menjaringkan gol, Maddison berjaya melakukan hantaran kepada Barnes untuk gol kedua di minit ke-86.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved