Madhuri Dixit Beli Kondo Mewah Mengadap Laut Ar, Nilai Lebih RM27 Juta 

9 Oct 2022 • 7:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Madhuri Dixit-Nene - Gambar dari Instagram

Aktres Bollywood Madhuri Dixit-Nene baru sahaja memenangi hati peminat-peminatnya menerusi filem terbaharunya berjudul Maja Ma. 

Namun, pada waktu yang sama, bintang utama filem Devdas yang telah memberikan lakonan yang cemerlang menerusi wataknya sebagai Chandramukhi ini dilaporkan baharu sahaja membeli sebuah kondominium mewah yang berhadapan dengan pemandangan laut. 

Kondominium mewah yang merupakan projek kediaman syarikat perumahan, Indiabulls Blu yang terletak di jalan DR. E Moses ini juga dilaporkan bernilai Rs 48 crore (RM27,134,400). 

image is not available
Kediaman mewah yang dibangunkan Indiabulls Blu. - Gambar dari Instagram

Ia juga merupakan kondominium yang dibina khusus untuk masyarakat kelas atasan di sekitar Worli, Mumbai yang mana kedudukannya terletak di selatan Mumbai. 

Bahkan, ia juga merupakan antara kondominium yang tertinggi dan Madhuri dikatakan menetap di tingkat 53. 

Menghadap lautan Arab yang cukup menakjubkan, kondominium yang dibina dengan keluasan kawasan seluas 10 ekar ini juga dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur menarik.

Antaranya adalah kolam renang yang besar, padang bola, gym, spa, rumah kelab dan banyak lagi. 

image is not available
Bahagian dalam kondominium mewah yang dimajukan oleh Indiabulls Blu. - Gambar dari Instagram

Apa yang menarik, kondominium Madhuri mempunyai keluasan 5,384 kaki persegi serta dilengkapi dengan tujuh ruang parkir. Wow! Hebat sungguh Madhuri. Bila agaknya, Madhuri akan berpindah ke kondominium mewahnya itu ya?  - Getaran, 9 Oktober 2022