
Kota Kinabalu: Kerajaan diminta untuk mengadakan perbincangan dan membuat penelitian bagi memastikan sistem governans bekalan elektrik dalam keadaan terbaik apabila syarikat utiliti bekalan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) diserahkan kepada kerajaan negeri tahun depan.
Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata ia bagi memastikan urus tadbir bekalan itu dapat dilaksanakan dengan baik dari segi penjanaan (generation), penghantaran (transmission) dan pengagihan (distribution).
“Di Sarawak, ekosistem governannya sudah mantap. Ada syarikat utiliti iaitu Sarawak Energy Berhad (SEB), kemudian pengawal selia pelaksana (regulator) iaitu Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, serta pembuatan dasar iaitu Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak," kata beliau dalam kenyataan media.
“Di Sabah, syarikat utiliti ialah SESB dan regulator adalah Suruhanjaya Tenaga Sabah (EcoS). Tapi dari segi pembuat dasarnya masih belum jelas."
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

