Madrasah, pusat tahfiz di Tawau diingat daftar dengan Jakim, Jheains

LocalPolitics
7 Feb 2025 • 4:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Semua madrasah dan pusat tahfiz di daerah ini diingatkan agar berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) bagi memudahkan kerajaan menyalurkan sebarang bantuan yang diperlukan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, perkara itu penting agar tiada pihak yang tercicir daripada mendapat bantuan kerajaan, sekali gus membantu mereka melaksanakan aktiviti dan kegiatan ke arah melahirkan lebih banyak Qari dan Qariah.

AdvertisementDalam masa sama, beliau menyeru Jawatankuasa Masjid dan Surau agar mengambil inisiatif mewujudkan lebih banyak kelas mengaji dan menghafaz Al-Quran, serta berkolaborasi dengan madrasah dan pusat tahfiz agar ramai lagi anak-anak celik Al-Quran.

“Kita mahu lebih ramai Hafiz dan Hafizah serta Qari dan Qariah berkualiti dari Bahagian Tawau diketengahkan ke peringkat daerah, negeri dan mampu menjadi juara di peringkat kebangsaan, malah lebih tinggi lagi satu hari nanti,” katanya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau juga menggalakkan penglibatan anak-anak muda untuk mempertingkatkan pengajian dalam bidang agama sehingga terkenal di peringkat tinggi, sekali gus membolehkan daerah ini bukan hanya terkenal juara dalam bidang nyanyian tetapi juga sebagai Qari dan Qariah.

Adun Apas itu berkata demikian selepas merasmikan Majlis Hafazan dan Tilawah Al-Quran (MTHQ) peringkat Bahagian Tawau (Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tungku dan Kalabakan) di ruang legar Masjid Al-Kauthar di sini, pada Rabu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hadir sama, Adun Balung, Datuk Hamild Awang; Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Mohd Shoffian Mohd Said dan Pegawai Tadbir Agama Jheains Tawau, Kahar Sundu.

Menyentuh majlis itu, beliau berharap juara pertandingan yang bakal mewakili Zon Tawau akan membuat persiapan dan memperbaiki bacaan masing-masing agar mampu mendapat kedudukan lebih baik di peringkat negeri kelak.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pada majlis itu, pasangan adik-beradik dari Semporna muncul johan bagi kategori Qari dan Qariah, sekali gus mewakili Bahagian Tawau ke pertandingan MTHQ peringkat negeri pada 13 hingga 16 Februari depan di Kota Kinabalu.

Mereka ialah Abdullah Abdul Wahid, 46, seorang guru di SK Tg Kapur dan adiknya, Norasmah Abdul Wahid, 20, yang ketika ini merupakan pelajar Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS).

Ketika ditemui, Abdullah menyatakan beliau akan terus memperbaiki teknik bacaan dan mempersiapkan diri secara mental dan rohani untuk bersaing di peringkat negeri, manakala Norasmah menyifatkan kemenangannya sebagai hadiah kepada keluarga dan guru-guru yang sentiasa menyokongnya.