Madrasah Tahfiz Yamin lahir ramai hufaz

21 Feb 2025 • 4:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tenaga pengajar bersama pelajar yang mengikuti pengajian di Madrasah Tahfiz Yamin.

image is not available
Sesi pembelajaran yang kondusif di Madrasah Tahfiz Yamin.

JELEBU - Pihak pengurusan dan tenaga pengajar Madrasah Tahfiz Yamin di Jelebu, Negeri Sembilan terus berazam terus melahirkan ramai hufaz yang berjaya khatam 30 juzuk al-Quran dan juga cemerlang dalam bidang akademik.

Pengetua madrasah berkenaan, Latifah Kedah berkata, kecemerlangan dapat dilihat apabila ada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu yang mendapat keputusan 5A dan 3B.

Menurut beliau, ramai juga pelajar yang hufaz al-Quran sehingga ke peringkat syahadah.

**media[3017475]**

"Madrasah Tahfiz Yamin ini menawarkan fasiliti dan kelas akademik yang moden bagi memastikan pelajar selesa dan boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan hafazan," katanya kepada Sinar Harian.

Latifah yang juga bekas Guru Besar Cemerlang memberitahu, madrasah ini mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan berpengalaman dalam pelbagai bidang pengajian al-Quran dan akademik.

"Kami mengenakan kadar yuran yang rendah supaya ramai pelajar berpeluang mengikuti pendidikan di Madrasah Tahfiz Yamin ini," katanya

Ibu bapa boleh menghubungi Mohd Iqbal Zawahid di talian 012-2530506 untuk sebarang pertanyaan atau berkaitan pendaftaran pelajar baharu.

Selain itu, orang ramai yang mahu menyumbang untuk pembangunan madrasah boleh terus ke akaun Bank Islam (05067010014835) atas nama Madrasah Tahfiz Yamin.