Maduro Akan Dibawa Ke New York – Trump 

WorldPolitics
3 Jan 2026 • 11:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Maduro Akan Dibawa Ke New York – Trump 

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata bahawa pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro, dan isterinya telah dibawa keluar menggunakan helikopter ke sebuah kapal, dan akan dibawa ke New York untuk menghadapi pertuduhan persekutuan, lapor AFP

“Mereka berada di atas sebuah kapal dan akan dibawa ke New York. Helikopter telah membawa mereka keluar,” kata Trump kepada Fox News dalam satu temubual telefon.

Sebelum ini, Trump mendakwa bahawa pasukannya telah berjaya menangkap pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro selepas melancarkan serangan ke atas negara Amerika Selatan itu, lapor AFP.

“Amerika telah berjaya melaksanakan serangan skala besar ke atas Venezuela dan pemimpinnya, Presiden Nicolas Maduro yang bersama isterinya, telah ditangkap dan diterbangkan keluar dari negara itu.

“Operasi ini dilakukan dengan kerjasama Penguatkuasa Undang-Undang AS,” kata Trump di platform Truth Social.

Tambah Trump, beliau akan mengadakan sidang media pada jam 11:00 pagi waktu tempatan di kediamannya di Mar-a-Lago, Florida.

Beliau mengumumkan dakwaan penangkapan itu susulan tekanan ketenteraan dan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin meningkat terhadap pemimpin kiri Maduro dan ekonomi Venezuela yang bergantung kepada eksport minyak.

Ia selepas tuntutan Trump mengenai penangkapan Maduro dibuat dua hari selepas, meskipun Maduro cuba berhubung dengan Trump, dengan menawarkan kerjasama dalam memerangi penyeludupan dadah dan migrasi haram.

Menurut Trump, beliau telah memberikan beberapa penjelasan berbeza terhadap Venezuela, termasuk dakwaan bahawa negara itu merupakan pengeksport dadah utama ke Amerika Syarikat selain dakwaan Venezuela telah merampas kepentingan minyak AS.

Sumber: AFP

The post Maduro Akan Dibawa Ke New York – Trump  appeared first on Siakap Keli.