Mael XPDC meninggal dunia

27 Apr 2023 • 10:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Vokalis kumpulan XPDC, Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, meninggal dunia di Hospital Muar jam 9 malam tadi.

SHAH ALAM - Vokalis kumpulan XPDC, Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, meninggal dunia di Hospital Muar jam 9 malam tadi.

Perkara itu disahkan pengurusnya, Bro Yazid menerusi Facebook sebentar tadi.

"Innalillahiwainnailaihirojiun, Al-Fatihah, penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar pukul 9 malam tadi," katanya.

Bagaimanapun, punca kematian belum dapat disahkan.