MAEPS akan jadi tarikan pelancong, pameran dan aktiviti agromakanan diteruskan

14 Aug 2022 • 8:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SERDANG: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan meneruskan pameran serta aktiviti berkaitan agromakanan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee(gambar) berkata sebagai permulaan, pihaknya akan menjadikan laman padi sebagai ‘anak angkat’ melalui Bahagian Pembangunan Industri Padi bersama Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS).

“Laman padi itu akan dijadikan sebagai tapak agropelancongan kekal bagi dipromosikan sepanjang tahun dan bukan ketika Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) dilaksanakan sahaja.

“Itu adalah pendekatan baharu yang akan diambil maklum oleh pihak pengurusan MAFI untuk menjadikan MAHA sebagai satu ekspo yang berprestij dan jadi ingatan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan MAHA 2022 di MAEPS di sini.

Beliau berkata ini kerana apabila setiap kali MAHA berakhir, MAEPS akan menjadi sunyi dan sepi.

Terdahulu, sebagai tanda penghargaan kepada agensi, jabatan serta pempamer dalam menjayakan MAHA 2022, beliau menyampaikan tiga anugerah khas iaitu Anugerah Pavilion Negeri Terbaik, Anugerah Segmen Paling Viral dan Anugerah Jualan Paling Tinggi.

Bagi menampilkan kelainan pada edisi MAHA 2022, satu lagi Anugerah Istimewa diberikan kepada pengunjung pameran ke 1,100,001 yang dimenangi oleh Yaakob Man@Othman, 67, pesara kerajaan dari Pulau Pinang.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved