MAG bekerjasama rapat dengan AirBorneo bagi pemulihan operasi, penyediaan pesawat

LocalBusiness & Finance
18 Jun 2026 • 11:57 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MAG bekerjasama rapat dengan AirBorneo bagi pemulihan operasi, penyediaan pesawat Image from: MAG bekerjasama rapat dengan AirBorneo bagi pemulihan operasi, penyediaan pesawat johardy18/06/2026 - 11:57

KUALA LUMPUR 18 Jun - Malaysia Aviation Group (MAG) melalui cabang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) miliknya, MAB Engineering Services kekal komited menyokong AirBorneo di bawah perkongsian penyelenggaraan sedia ada ketika syarikat penerbangan milik Sarawak itu berusaha mengatasi cabaran operasi terkini.

 

MAG berkata MAB Engineering Services terus menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan barisan (line), penyelenggaraan asas dan komponen, selain sokongan pergudangan serta logistik kepada AirBorneo.

 

“Susulan gangguan operasi baru-baru ini, MAG terus berhubung rapat dengan AirBorneo sebagai sebahagian usaha berterusan untuk menyokong pemulihan operasi syarikat penerbangan itu dan meningkatkan ketersediaan pesawat,” kata kumpulan itu kepada Bernama hari ini.

 

Kumpulan itu turut memaklumkan bahawa ia sedang meneliti secara berterusan pengaturan penyelenggaraan dan bekalan alat ganti, selain usaha meningkatkan operasi, dengan semua pihak berkaitan bekerjasama bagi memperkukuh kebolehpercayaan operasi serta mengurangkan gangguan kepada penumpang.

 

Pembekal MRO AirBorneo merangkumi syarikat Firefly Maintenance and Repair Organisation serta MAB Engineering.


 

solar

 


Operator tunggal Perkhidmatan Udara Luar Bandar itu baru-baru ini menjadi perhatian susulan kelewatan dan pembatalan penerbangan yang melibatkan beberapa laluan di Sabah dan Sarawak, sekali gus mencetuskan permohonan maaf awam serta kebimbangan dalam kalangan penumpang, khususnya komuniti luar bandar dan pedalaman yang bergantung kepada perkhidmatan tersebut.

 

AirBorneo sedang menyemak semula pengaturan sokongan penyelenggaraan, strategi perolehan alat ganti serta jangkaan tahap perkhidmatan dengan rakan kerjasama bagi memperkukuh daya tahan operasi.

 

AirBorneo ketika ini mengendalikan 21 destinasi dengan pangkalan operasi utama di Kota Kinabalu dan Miri. Armada syarikat terdiri daripada lapan pesawat ATR 72-500 dan enam pesawat DHC-6-400 Twin Otter. - Bernama

Terkini standard
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved