MAG Jelaskan Juruterbang Ditahan Kes Dadah Hanya Duduk Jump Seat, Tak Kendali Pesawat Masa Kejadian

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 1:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini, seorang juruterbang dari Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta selepas didakwa cuba membawa masuk dadah ke negara itu.

Kes tersebut mencetuskan perhatian ramai kerana melibatkan individu yang dikaitkan dengan syarikat penerbangan negara, namun Malaysia Aviation Group (MAG) tampil memberi penjelasan berhubung peranan juruterbang berkenaan ketika kejadian.

Hanya duduk di jump seat

Memetik laporan Harian Metro, MAG menjelaskan pegawai kedua yang ditahan itu tidak terlibat dalam mengendalikan penerbangan berkenaan.

juruterbang

Sebaliknya, individu tersebut hanya berada di kerusi tambahan dalam kokpit atau jump seat sebagai pemerhati.

MAG turut menjelaskan bahawa juruterbang terbabit bukan sebahagian daripada kru operasi yang menerbangkan pesawat pada waktu kejadian.

Individu berkenaan juga tidak bertugas selama dua hari sebelum kejadian itu. Pesawat terbabit dikendalikan dengan selamat pada setiap masa oleh dua juruterbang operasi yang bertauliah.

Dalam penjelasan sama, MAG menegaskan penerbangan tersebut berada dalam keadaan selamat sepanjang masa kerana ia dikendalikan oleh dua juruterbang operasi yang mempunyai kelayakan.

dadah

Terdahulu, media melaporkan keputusan ujian air kencing juruterbang itu didapati positif methamphetamine, MDMA dan kokain.

Semasa ditangkap, pegawai kastam menemui 14 bungkusan berisi pil ekstasi  melebihi 70,000 biji  di dalam bagasi juruterbang itu. Di dalam beg tangan pula ditemui empat gram methamphetamine yang dipercayai untuk kegunaan peribadi.

The post MAG Jelaskan Juruterbang Ditahan Kes Dadah Hanya Duduk Jump Seat, Tak Kendali Pesawat Masa Kejadian appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved