Maghribi haram tayang filem ‘The Lady of Heaven’

12 Jun 2022 • 9:59 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

RABAT : Filem British ‘The Lady of Heaven’ yang mengisahkan tentang kehidupan anak perempuan Nabi Muhammad SAW, Saidatina Fatimah az-Zahra diharamkan di Maghribi serta mendapat bantahan umat Islam dari beberapa negara kerana menganggap ia menghina agama.

Pusat Sinematografi Maghribi (CCM) berkata filem arahan Eli King itu tidak akan menerima lessen untuk ditayangkan sama ada atas dasar komersial atau budaya di negara itu.

­Menurut laporan Morocco World News, keputusan CCM dibuat beberapa jam selepas Majlis Tertinggi Ulama Maghribi, pihak berkuasa agama tertinggi kerajaan itu, mengecam filem itu kerana ia adalah pemalsuan terang-terangan mengenai fakta sejarah Islam.

image is not available

Drama itu didakwa sebagai filem pertama mengenai kehidupan anak perempuan Nabi Muhammad, Saidatina Fatimah az-Zahra, dan menarik hubungan antara kumpulan Negara Islam pada abad ke-21 dan tokoh sejarah dalam Islam Sunni.

Filem dikeluarkan di Britain pada 3 Jun lalu tetapi selepas protes daripada umat Islam di luar pawagam, rangkaian pawagam kedua terbesar di dunia, Cineworld, membatalkan semua tayangan.

Mesir, Pakistan, Iran dan Iraq adalah antara negara yang mengecam filem itu sebagai menghina agama.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved