Maguire terlepas perlawanan menentang Everton

Football
8 Oct 2022 • 11:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Maguire

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag mengesahkan kapten pasukan, Harey Maguire sah akan terlepas perlawanan menentang Everton awal pagi Isnin kerana masih belum pulih dari kecederaan.

Justeru jurulatih kelahiran Belanda berharap seorang lagi tonggak pertahanannya iaitu Raphael Varane dapat cergas sepenuhnya untuk diturunkan ketika menentang The Toffees.

“Varane ketika ini dalam proses pemulihan dan saya sangat berharap dia cukup cergas untuk diturunkan menentang Everton. Saya rasa dia hanya memerlukan sedikit masa sahaja lagi.

“Untuk pemain lain, Harry Maguire tidak dapat diturunkan, manakala Aaron Wan-Bissaka dan Donny van de Beek masih belum cergas sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, ten Hag turut bertekad mahu bangkit daripada kekalahan memalukan 3-6 dengan seteru setempat itu.

Justeru beliau menuntut pemainnya agar sentiasa mempamerkan aksi yang konsisten sama seperti yang dilakukan Manchester City pada musim ini.

“Apabila anda mempunyai kekurangan itu sebelum ini, ia bukanlah sesuatu yang anda boleh pulihkan atau raih kemajuan dalam tempoh seminggu atau sebulan. Ia mesti ada dalam sistem anda.

“Saya fikir City mencapai standard itu dan ada beberapa pasukan lagi berada di tahap sama tetapi saya rasa kami juga mampu mencapainya.

“Kami sudah melihatnya ketika menentang Liverpool dan Arsenal, tetapi kini kami perlu melakukannya secara konsisten dan itulah yang perlu kami usahakan sekarang,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved