MAHA Pahang 2026 sasar jualan RM1.3 juta

LocalBusiness & Finance
22 Jul 2026 • 11:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: MAHA Pahang 2026 sasar jualan RM1.3 juta
Wan Rosdy (tengah) membuat pelepasan Konvoi MAHA Pahang 2026 dilepas di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Bera pada Rabu. Foto FB Wan Rosdy
Image from: MAHA Pahang 2026 sasar jualan RM1.3 juta
Wan Rosdy melakukan pelepasan 25 kenderaan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bagi Konvoi MAHA Pahang 2026 dilepas di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Bera. Foto FB Wan Rosdy

KUANTAN - Program MAHA Pahang 2026 menyasarkan nilai jualan RM1.3 juta, sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada usahawan tani, industri asas tani, sektor pelancongan serta komuniti setempat.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Usmail berkata program selama empat hari bermula esok di Dataran Raub bertemakan 'Agro Lestari Bina Negeri' menghimpunkan 100 usahawan.

Menurutnya, sebanyak 25 kenderaan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bagi Konvoi MAHA Pahang 2026 dilepas di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Bera.

**media[3590585]**

"Ini sebagai simbolik permulaan jelajah promosi program itu ke seluruh negeri

"Saya berharap MAHA Pahang 2026 akan terus menjadi platform terbaik untuk mempromosikan hasil pertanian negeri, memperkenalkan inovasi dalam sektor agro serta membuka peluang pasaran yang lebih luas kepada para usahawan tempatan," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya beliau pada Rabu.

Wan Rosdy berharap orang ramai dapar menyokong hasil keluaran tempatan, menghargai usaha para petani, penternak dan usahawan agro.

"Ini sekali gus memperkukuh sektor pertanian sebagai antara pemacu utama ekonomi negeri," tulis beliau.

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved