MAHA: Pavilion Selangor tampil produk tanaman negeri, sasar 500,000 pengunjung

4 Sep 2024 • 6:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 4 SEPT: Seramai 500,000 dijangka berkunjung ke Pavilion Selangor di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang berlangsung 11 hingga 22 September.

EXCO pertanian berkata Pavilion Selangor akan menampilkan pelbagai jenis pertanian termasuk produk negeri sebagai langkah mempromosikan hasil tempatan.

“Banyak tarikan akan dibawa seperti tanaman vanila yang baharu sahaja kita teroka tahun ini selain melon Selangor dan cendawan.

“Kita juga akan tonjolkan ikan air tawar bernilai tinggi selain ikan hiasan. Penekanan kepada internet kebendaaan (IoT) dalam sektor pertanian, perikanan, penternakan dan perladangan juga akan dipamerkan,”kata Ir Izham Hashim.

Berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), MAHA 2024 menyasarkan nilai perjanjian persefahaman sebanyak RM6 bilion selain menarik kehadiran tiga juta pengunjung.

Ketika majlis peluncurannya pada Jun, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih 180 syarikat antarabangsa berminat menyertai karnival ini selain menyasarkan 2,000 pempamer.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved