Mahasiswa Kor SISPA kini nikmati elaun aktiviti

16 Aug 2026 • 3:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mahasiswa Kor SISPA kini nikmati elaun aktiviti

TANJUNG MALIM: Bermula bulan ini, Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) boleh menikmati elaun apabila menyertai aktiviti kokurikulum badan beruniform di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu.

Pemberian elaun itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama akan memfokuskan kepada 1,107 Pegawai Kadet Kor SISPA yang telah ditauliahkan pada hari ini (16 Ogos 2026).

Usaha menyediakan skim elaun untuk pelajar universiti itu telah dimulakan sejak setahun lalu, dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada April 2026.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, pelaksanaan skim itu melibatkan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM500,000.

“Walaupun kelulusan ini pada awalnya tidak disertakan dengan peruntukan tambahan baharu, kerajaan telah mengambil jalan penyelesaian yang berhemah dan strategik.

“Pelaksanaan pembayaran ini akan digerakkan secara berfasa serta berdasarkan keutamaan,” katanya semasa menyempurnakan Majlis Istiadat Pentauliahan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Kali Ke-17 Tahun 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya APM, Mohammad Abiddin Abd. Rahman

Tambah Rubiah yang juga Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam, pengenalan elaun itu penting demi menjaga kebajikan mahasiswa yang menjadi anggota Kor SISPA dan menghargai komitmen mereka yang terlibat menyertai pasukan sukarelawan berkenaan

Katanya, permohonan kewangan juga akan dibuat setiap tahun untuk dijadikan sebahagian intipati belanjawan tahunan negara.

Dalam majlis itu, seramai 1,107 pegawai kadet yang ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda dan Staf Muda merupakan mahasiswa daripada 36 IPT tempatan yang telah menjalani latihan selama lima semester.

Sejak diperkenalkan di pelbagai IPT pada 2010, Kor SISPA telah melahirkan lebih 11,000 graduan yang berkemahiran dalam aspek pengurusan kecemasan, bantuan kemanusiaan, kesiapsiagaan bencana dan pertolongan cemas. – UTUSAN

The post Mahasiswa Kor SISPA kini nikmati elaun aktiviti appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved