Mahasiswa UPM anjur Kem Jati Diri beri pendedahan pembelajaran universiti untuk pelajar SPM di Pontian

28 Feb 2024 • 4:52 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mahasiswa UPM anjur Kem Jati Diri beri pendedahan pembelajaran universiti untuk pelajar SPM di Pontian

zulfadli

28/02/2024 - 16:52

KUALA LUMPUR 28 Feb - Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan Kem Jati Diri untuk pelajar sekolah menengah terpilih bagi memberi tumpuan kepada modul pengenalan program Asasi Sains Pertanian dan pendedahan pembelajaran di universiti.

Program itu juga bertujuan membentuk sahsiah pelajar dengan menyasarkan pembabitan 30 pelajar sekolah menengah di sekitar Mukim Rimba Terjun, Pontian, Johor.

Pengetua Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Prof Madya Ir Dr Ahmad Shukri berkata, program itu dapat membantu memberi pendedahan kepada pelajar SPM bagi membentuk kepimpinan muda pelapis yang bertanggungjawab dan berketerampilan.

Katanya, ia selaras dengan hala tuju kementerian bagi melahirkan lebih ramai lagi masyarakat berilmu dan berbakat pada masa akan datang.

"Diharapkan program ini dapat membantu memberi pendedahan kepada pelajar bagi meningkatkan keyakinan dan minat dalam pelajaran sehingga melanjutkan pengajian lebih tinggi lagi.

"Melalui modul yang disediakan dapat meningkatkan kesedaran dan motivasi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mempertingkatkan tahap pencapaian melalui jati diri yang utuh di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat.

"Selain itu, program ini dapat membantu pelajar memahami dan mengenalpasti bidang pelajaran yang sesuai dengan minat dan bakat mereka. Dalam konteks ini, pentingnya keseimbangan antara kurikulum juga ditekankan sebagai aspek utama pembangunan holistik pelajar," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

image is not available

Menurut kenyataan itu, keberkesanan dan impak daripada program siri pertama dapat dilihat seramai 14 pelajar daripada 16 pelajar yang mengambil SPM tahun 2023 melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi dan sijil kemahiran.

Katanya, ia menunjukkan program itu bukan hanya memberikan pendedahan tetapi juga memberikan inspirasi dan bimbingan untuk membuat keputusan yang bijak mengenai langkah seterusnya dalam pendidikan mereka.

image is not available

image is not available

"Kerjasama KTAG dan pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Sungai Bunyi, Mukim Rimba Terjun, Pontian dalam siri kedua program ini menyokong pelajar dalam merangka langkah seterusnya dalam pendidikan mereka," katanya.

Katanya, Program Kem Jati Diri Pelajar di KTAG boleh dianggap sebagai satu kejayaan dalam membangunkan bakat dan potensi pelajar, mencipta peluang pengajian yang lebih tinggi serta membentuk individu yang seimbang dalam aspek akademik dan pembangunan diri. - DagangNews.com

View Original Article