Mahasiswa UPM bantu penghuni Asrama Kasih

24 Jun 2024 • 2:19 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Sebahagian peserta Anjung Kasih Siswa di Asrama Kasih, YBK.

Seramai 24 penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) melaksanakan program Anjung Kasih Siswa di Asrama Kasih, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Serendah, Selangor baru-baru ini.

Anjung Kasih Siswa yang berlangsung selama tiga hari dua malam turut melibatkan lebih 100 pelajar Asrama Kasih yang terdiri dalam kalangan anak yatim, asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan (B40).

Pengarahnya, Mohd Aniq Farhan Suhaimi berkata, program merupakan salah satu usaha membudayakan amalan tolong-menolong golongan mahasiswa UPM.

“Melalui aktiviti seperti ini, ia dapat memupuk semangat kecintaan dan kesedaran terhadap kepentingan budaya tolong-menolong sesama masyarakat.

“Ia juga turut memberi pengetahuan tambahan kepada peserta tentang pentingnya perkhidmatan kepada komuniti,” tuturnya.

image is not available

Mohd Aniq Farhan berkata, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang berlangsungnya Anjung Kasih Siswa.

Antaranya, gotong-royong melibatkan kawasan sekitar blok penginapan dan blok pentadbiran, ceramah motivasi, persembahan kebudayaan, mencari harta karun dan sukaneka yang bertujuan menguji semangat kerjasama, kepimpinan serta kemahiran berfikir.

Sementara itu, Pengarah, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM, Profesor Madya Dr Mohd Mursyid Arshad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program terutamanya pihak Asrama Kasih Serendah dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang telah menyumbangkan pokok-pokok herba untuk Taman Herba UPM sekali gus menyokong kepada agenda Pertanian Untuk Rakyat (PUTRA) UPM bersama agensi.

image is not available


image is not available

“Saya berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja memberikan impak kepada pelajar Asrama Kasih bahkan juga kepada mahasiswa UPM dalam usaha melahirkan penuntut berketerampilan dan mempunyai kemahiran insaniah,” ujarnya yang turut hadir bagi memberi motivasi sekali gus merasmikan majlis penutup program.

Terdahulu, PKPP telah memberikan sumbangan makanan kering seperti beras, gula, susu, bihun dan makanan segera kepada Asrama Kasih YBK.

image is not available

Maklumat penulis

Fasilitator Khas, Pusat kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, Rahmawati Nurdin

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

View Original Article