Majlis Kuil-Kuil Hindu & Persatuan Agama Hindu Malaysia (MAHIMA) mengecam keras penggunaan istilah ‘kuil haram’ oleh agensi kerajaan, menyifatkannya sebagai tidak sensitif, menghina serta mencemar kesucian rumah ibadat agama Hindu. Memetik laporan dari Malaysia Gazette, Presiden Mahima, Datuk Sivakumar Nadarajah menyatakan penggunaan istilah “haram” dalam konteks Kamus Dewan membawa maksud ditegah oleh undang-undang atau tidak sah, dan secara tidak langsung menurunkan martabat rumah ibadat serta memberikan gambaran negatif terhadap penganut yang hadir ke kuil berkenaan. Beliau mempersolkan adakah hanya kerana sesebuah kuil dibina tanpa kelulusan, maka ia wajar digelar ‘haram’ hingga menimbulkan persepsi bahawa penganut juga melakukan sesuatu yang bercanggah? Artikel lain: Singgung perasaan penganut Hindu, Saravanan gesa Anwar Ibrahim henti guna istilah kuil haram Beliau mengulas tindakan Hospital Taiping yang mengeluarkan surat rasmi dengan tajuk kontroversi tersebut, dan menuntut penjelasan serta tindakan lebih berhemah daripada pihak kerajaan. Jelas beliau lagi, tidak semua kuil dibina tanpa latar sejarah, kerana banyak kuil telah wujud lebih awal daripada penggubalan Akta Tanah sedia ada. Susulan daripada itu, Mahima turut menyeru semua agensi kerajaan agar lebih berhati-hati dalam penggunaan istilah rasmi, terutamanya melibatkan sensitiviti agama, demi memelihara keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Sumber: Malaysia Gazette (Kasthuri Jeevendran)Kuil haram bagi konotasi negatif

Istilah ‘kuil haram’ satu penghinaan buat agama
“Baru-baru ini, Hospital Taiping mengeluarkan surat rasmi bertajuk ‘Aduan Kuil Haram’ terhadap sebuah kuil di dalam kawasannya. Ini satu penghinaan terhadap agama.
“Kami di MAHIMA tidak menolak sebarang tindakan jika benar kuil itu dibina tanpa kelulusan, tetapi adakah perlu menggunakan perkataan sebegitu menghina?
“Tidakkah lebih wajar menggunakan istilah seperti tidak berdaftar atau tidak mendapat kelulusan? Ini lebih sopan dan mencerminkan nilai Rukun Negara, khususnya prinsip pertama, Kepercayaan kepada Tuhan,” katanya.

Tak setuju istilah diguna dalam aduan dari Hospital Taiping

