Mahkamah Agung India Perintahkan Penubuhan Pasukan Petugas Doktor

WorldPolitics
20 Aug 2024 • 8:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Mahkamah Agung India mengeluarkan perintah penubuhan pasukan petugas doktor bagi membuat cadangan mengenai keselamatan di tempat kerja susulan kes kontroversi seorang doktor pelatih hingga mencetuskan protes di seluruh India.

Menerusi satu laporan AP News, Ketua Hakim Negara Dhananjaya Yeshwant Chandrachud berkata, barisan doktor perlu merangka garis panduan bagi memastikan keselamatan dan perlindungan terhadap profesion perubatan dan pegawai perubatan di negara itu.

image is not available

Foto: AP News

“Melindungi keselamatan doktor dan doktor wanita adalah soal kepentingan negara dan prinsip kesaksamaan.

“Negara (Kerajaan) tidak boleh menunggu satu lagi kes rogol untuk mula mengambil langkah,” katanya.

Beliau juga berkata, mahkamah turut meminta pihak polis mengemukakan laporan mengenai status siasatan kes yang berlaku di Hospital Perubatan Kar di bandar timur Kolkata pada 9 Ogos lalu.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Walaupun seorang sukarelawan polis telah ditangkap dan didakwa atas jenayah keji itu, tetapi keluarga mangsa masih tidak berpuas hati berikutan ia adalah rogol secara berkumpulan dan ramai suspek yang sepatutnya terlibat.

Ramai doktor yang menuntut agar kerajaan memperkenalkan undang-undang yang lebih ketat sebagai jaminan agar pegawai perubatan dilindungi daripada sebarang keganasan, termasuk mengenakan hukuman berat kepada pesalah jenayah itu.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Persatuan Perubatan India (IMA) juga mengutuk serangan itu dan mengatakan ia berpunca daripada kelemahan perlindungan yang diberikan kepada pegawai kesihatan di hospital dan kampus perubatan di seluruh India.

Sumber: AP News

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved