Mahkamah Arah Meta Berhenti Guna Nama “Meta” Di Brazil

TechnologyDigital
4 Mar 2024 • 10:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebuah mahkamah di Brazil kini mengarahkan Meta untuk berhenti menggunakan nama “Meta” di Brazil, berkuat-kuasa dalam tempoh kurang 30 hari. Hal ini adalah selepas sebuah syarikat penyedia perkhidmatan komputer di Brazil yang memfailkan saman ke atas Meta, atas pelanggaran penggunaan nama dan membawa kepada kekeliruan pelanggan.

image is not available

Meta Servicos telah didaftarkan di Brazil pada hujung 2000-an yang lepas. Melalui saman yang difailkan, ia dikatakan sejak Facebook mengubah nama kepada Meta pada 2021, syarikat berkenaan telah turut disenaraikan pada pelbagai pemfailan saman, selain turut memperlihatkan profil Instagram dinyah-aktifkan dengan alasan meniru yang lain.

Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini Facebook telah mengubah nama mereka kepada Meta, dan memfokuskan kepada pembangunan metamesta. Namun, kebelakangan ini mereka dilihat lebih memfokuskan kepada pembangunan kecerdasan buatan.

Buat masa ini, pihak Meta tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved