Paramount bersetuju mengambil alih Warner Bros. Discovery (WBD) secara rasmi pada nilai $111 bilion (~RM 455 bilion) pada bulan Februari lalu. Pengumuman rasmi dikeluarkan selepas Netflix menarik diri kerana enggan meningkatkan harga binaan $82.7 bilion yang dipersetujui penghujung tahun lalu.

Tetapi pelan pengambilalihan kini ditangguhkan selepas seorang hakim mengeluarkan perintah penangguhan sementara. Ini adalah kerana 12 peguam negara negeri AS memohon perintah sekatan sementara, dan hakim Araceli Martinez-Olguin dari Mahkamah Daerah Utara California meluluskan permohonan tersebut.
Penggabungan dua gergasi media ini ditentang kerana dilihat akan mengurangkan persaingan, menaikkan harga, menurunkan kualiti dan mengurangkan kandungan hiburan untuk pengguna. Ia tuurt didakwa melanggar undang-undang persekutuan yang menghalang penggabungan yang boleh mengurangkan persaingan.
Di bawah persetujuan asal, Paramount akan mengambil alih aset Warner Bros Television, Warner Bros Motion Picture Group, DC Studios, HBO, HBO Max, CNN, TNT Sports, Discovery networks, Discovery+ dan Bleacher Report. Konglomerat ini sudahpun memiliki Paramount Pictures, Paramount Players, Paramount Animation, CBS, Nickelodeon, MTV, Comedy Central, BET, dan Showtime. Inilah yang menimbulkan persoalan mengenai monopoli berbanding sekiranya Warner Bros Discovery diambil alih Netflix.
Sumber – CNBC
