Mahkamah Bebaskan Allahyarham Tun Daim Daripada Tuduhan Gagal Isytihar Harta

LocalPolitics
20 Nov 2024 • 12:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hari ini, Mahkamah Sesyen telah pun melepaskan dan membebaskan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin daripada tuduhan gagal patuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.

Arwah Tun Daim bebas tuduhan gagal isytihar harta

Melalui laporan Berita Harian, Hakim Azura Alwi telah membuat keputusan sedemikian mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

 

Mahkamah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga beliau ditempatkan di kalangan solihin.

image is not available

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen bahawa pihaknya tidak mahu meneruskan prosiding terhadap arwah Tun Daim.

Timbalan Pendakwa Raya tak berniat teruskan prosiding terhadap arwah

Kami dengan ini mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah, tidak berniat meneruskan prosiding terhadap Allahyarham Tun Daim kerana tertuduh telah meninggal dunia.

Sebelum ini, isteri kepada arwah Tun Daim mahu pendakwaan membabitkan kegagalan isytihar harta diterus agar keadilan berpihak kepada pemimpin itu dan terbela.

image is not available

Difahamkan, harta yang dimaksudkan adalah kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

image is not available 6 days ago

“Dia Diherdik Tanpa Sebab!” - Dilayan Penuh Dendam Sebelum Meninggal Dunia, Tun M Sedih Dengan Pemergian Tun Daim