Mahkamah Benar Pelepasan Sementara Pasport Ahmad Zahid

Politics
3 Feb 2023 • 12:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mahkamah benar pelepasan sementara pasport Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan pelepasan sementara pasport Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk beliau memohon pasport diplomatik bagi membolehkan beliau menjalankan tugas rasmi.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan timbalan perdana menteri supaya pasportnya dikembalikan secara kekal kepada beliau, bagi membolehkan beliau menjalankan tugas.

“Ini adalah permohonan pihak pendakwaan yang saya bersetuju bahawa tertuduh (Ahmad Zahid) berhak mendapat semula pasportnya bagi tujuan memohon pasport diplomatik dan selepas itu pasport perlu dikembalikan kepada mahkamah.

“Permohonan pemohon supaya pasportnya dilepaskan secara kekal ditolak,” kata hakim.

Pada 26 Jan lepas, Ahmad Zahid memohon untuk mendapatkan semula pasportnya secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi sebagai timbalan perdana menteri.

Pasport itu sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan selepas beliau didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi, yang kini prosidingnya di peringkat pembelaan.

Sumber: BERNAMA