Mahkamah Benar Usul Gali Semula Kubur Kadet UTM

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 2:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Ogos depan sebagai tarikh prosiding hujahan berhubung notis usul penggalian semula kubur penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22 tahun.

Tindakan itu bertujuan membolehkan bedah siasat kedua dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UTM, Skudai.

image is not available

Keputusan dibuat Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak.

Pemohon, Ummu Haiman Bee Daulatgun yang juga ibu arwah, diwakili peguam Datuk Naran Singh, manakala responden pertama iaitu Ketua Polis Negara dan Pengarah Pendakwaan Selangor diwakili Peguam Kanan Persekutuan Nurul Huda Mohd. Salehuddin. Responden kedua, Jabatan Peguam Negara pula diwakili Timbalan Pendakwa Raya Allison Chan.

Hakim turut mengarahkan responden mengemukakan afidavit balasan selewat-lewatnya Jumaat ini. Untuk rekod, Syamsul Haris meninggal dunia pada 28 Julai lalu selepas menjalani latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pulada, Ulu Tiram.

image is not available 2025-08-12 11:43:32

Kes Pelajar PALAPES: "Bukan Sawan, Yakin Ada Unsur Jenayah" - Ibu Mahu Kubur Arwah Syamsul Digali Semula