Mahkamah bertukar sayu, Lans Koperal tembak maut isteri hamil rayu ziarah kubur sebelum ke hospital psikiatri

17 Mar 2023 • 5:54 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TEMBAK maut isteri dalam insiden yang tragis, lelaki yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal menjadi perhatian seluruh negara baru-baru ini.

Setiap lelaki bergelar suami pasti akan menyayangi suri hati apatah lagi ketika sedang hamil. Namun bagi lelaki ini, takdir sudah tertulis wanita yang dikasihi maut di tangannya sendiri.

image is not available
Kredit foto: Astro Awani

Tentu bukan mudah untuk menerima kenyataan insan tersayang tiada lagi di dunia, pemergian bersama malaikat kecil di dalam kandungan menambahkan rasa hiba.

Lelaki berusia 27 tahun yang berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis itu menimbulkan suasana sayu di mahkamah selepas meminta untuk menziarahi kubur si isteri, Safsufarnisya Salleh, 26.

image is not available
Kredit foto: Astro Awani

Ia disuarakan suspek semasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar. Pilu dan sedih, dia dilihat beberapa kali mengesat air mata dan mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.

Bagaimanapun hasrat untuk mengunjungi pusara tidak kesampaian apabila permintaannya tidak dibenarkan oleh Majistret.

Berikut SinarPlus kongsikan perkembangan terkini kes ini:

1-Mangsa, Safsufarnisya Salleh,26, maut selepas ditembak sebanyak lima das menggunakan pistol Walter P99 dari jarak dekat dan terkena bahagian bawah mata kiri.

2-Insiden berlaku di bilik tidur utama rumah keluarga mereka di Kampung Bendang Baru, Simpang Empati, sekitar jam 6.45 hingga 8.50 pagi itu difahamkam berlaku tanpa sebarang pergaduhan mahupun pertikaman lidah antara kdua-duanya sebelum kejadian.

3-Safsufarnisya dikatakan yang sedang hamil lima bulan anak sulung selepas perkahwinan mereka memasuki tahun kedua.

image is not available
Kredit foto: Sinar Harian

4-Suspek didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan, tiada pengakuan direkodkan semasa pertuduhan dibacakan. Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail memohon mahkamah untuk mempertimbangkan supaya lelaki berkenaan dihantar ke hospital psikiatri untuk penilaian mental selama sebulan.

5-Mahkamah kemudian membenarkan permohonan Mohd Nordin dan menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan penilaian psikiatri.

6-Terdahulu, lelaki berasal dari Setiu, Terengganu itu didakwa mengalami kemurungan sejak beberapa tahun lalu.

Sumber: Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.