Mahkamah Israel lanjutkan tempoh penahanan Ibu 2 anak dari Palestin

8 Sep 2022 • 11:24 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

BAITULMAQDIS: Mahkamah Israel pada Rabu telah melanjutkan penahanan seorang wartawan Palestin dari Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Lama Ghosheh, 32 merupakan ibu kepada 2 orang anak dan seorang pelajar siswazah dari Universiti Birzeit.

Ghosheh telah ditahan di Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis Timur pada Ahad lalu.

Berdasarkan sumber, telepon bimbit dan komputer Ghosheh telah dirampas oleh pihak tentera Israel.

Dia dipercayai ditahan disebabkan kerjayanya sebagai seorang wartawan dan dia antara yang mempertahankan rumah-rumah di Sheikh Jarrah daripada dicerobohi malah diambil secara haram oleh peneroka Yahudi.

Pada Rabu tentera Israel telah menembak dada seorang pemuda Palestin di kem pelarian al-Fara’a berhampiran bandar Tubas.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan melaporkan bahawa Younis Ghassan Tayeh, 21, terbunuh selepas tentera Israel secara kejam menembaknya di bahagian dada dalam serbuan tentera ke atas kem pelarian.

Israel juga dengan kejam telah menahan 2 rakyat Palestin di kem tersebut tanpa sebarang alasan.


image is not availableMASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia