Mahkamah Izin Suami Jahidah Tangguh Penjara 10 Tahun, Perlu Lapor Diri Di Balai Polis Setiap Bulan

25 Feb 2025 • 12:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mahkamah Tinggi Johor Bahru dilaporkan telah membenarkan lelaki yang melakukan keganasan rumah tangga terhadap isteri hingga terlantar koma untuk ditangguhkan hukuman penjara 10 tahun yang dijatuhkan terhadapnya sebelum ini.

Hakim, Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu terhadap pemohon, Rosmaini Abd Raof,42, yang menjalani hukuman penjara bermula 9 Disember tahun lalu sementara menunggu rayuan dilupuskan.

image is not available

Mahkamah turut mengambil kira isu bermerit dalam rayuan, termasuk dakwaan percanggahan dalam keterangan saksi utama dengan dokumen berkaitan serta keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan saksi itu dipanggil semula oleh pembelaan.

Berdasarkan alasan tersebut, mahkamah membenarkan permohonan penangguhan hukuman dengan beberapa syarat antaranya jaminan bercagar sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin serta keperluan pemohon melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan sehingga rayuan selesai.

Abu Bakar juga menetapkan bahawa jika pemohon gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, perintah penggantungan hukuman akan terbatal serta-merta dan waran mempenjara akan dikeluarkan.

Terdahulu, seorang wanita, Jahidah,47, yang kini masih terlantar seperti mayat hidup akibat didera bekas suaminya, Rosmaini mendapat perhatian ramai.

Rosmaini yang juga seorang peniaga telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah mencederakan isteri ketiganya itu sehingga parah. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

“Biarlah Nyawa Dibalas Nyawa! Untuk Maafkan Perbuatan Kejam Ini Amat Berat” - Ibu Arwah Zulfarhan