Mahkamah Koroner bertafakur memperingati setahun pemergian Zara Qairina

17 Jul 2026 • 10:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mahkamah Koroner bertafakur memperingati setahun pemergian Zara Qairina
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bertafakur seminit bagi memperingati setahun pemergian Zara Qairina Mahathir sebelum prosiding inkues kematian remaja itu diteruskan.

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner pada Jumaat bertafakur selama satu minit bagi memperingati setahun pemergian Zara Qairina Mahathir, sebelum prosiding inkues kematian remaja itu diteruskan.

Koroner Amir Shah Amir Hassan mengarahkan semua yang hadir untuk berdiri dan bertafakur sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham.

“Hari ini, 17 Julai 2026, genap setahun pemergian Zara Qairina Mahathir, iaitu si mati.

"Atas dasar kemanusiaan dan sebagai tanda penuh penghormatan, mahkamah mengarahkan semua yang hadir di dalam inkues ini untuk berdiri dan bertafakur selama satu minit sebelum kita meneruskan keterangan Deponen 75," katanya.

Amir Shah turut mempersilakan individu beragama Islam membaca surah Al-Fatihah serta mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kedamaian abadi.

Bagi penganut agama lain pula, beliau meminta mereka bertafakur atau berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.

Selepas sesi penghormatan itu selesai, prosiding inkues kematian Zara Qairina diteruskan dengan keterangan daripada saksi ke-75, pakar perunding psikiatri, Dr Wong Haw Huo.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved