Mahkamah Lepaskan Najib Razak & Irwan Serigar Hari Ini Tanpa Bebas Tuduhan Pecah Amanah RM6.6 Bilion

LocalPolitics
27 Nov 2024 • 2:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hari ini, Mahkamah Tinggi telah melepaskan tanpa membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah atas enam pertuduhan pecah amanah yang melibatkan hartanah kerajaan Malaysia sebanyak RM6.6 bilion.

image is not available

Sumber : FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR  

Melalui laporan BERNAMA, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin telah memutuskan keputusan tersebut selepas membenarkan permohonan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Seri K.Kumaraendran, di mana kedua-dua mewakili Najib serta Irwan Serigar dengan memohon anak guam mereka dilepaskan tanpa dibebaskan.

image is not available

Berdasarkan fakta dan hujahan daripada kedua-dua peguam serta keadaan kes ini, saya menggunakan kuasa sedia ada untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh pertama (Najib) dan tertuduh kedua (Mohd Irwan) daripada keenam-enam pertuduhan.

Sekadar info, pada 25 Oktober 2018, Najib dan Irwan Serigar mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

image is not available 4 weeks ago

Tuduhan Najib Razak Salah Guna Dana 1MDB Sah, Hakim Putuskan Tiada Cacat