Mahkamah Menolak Rayuan Epic Games Yang Mendakwa Apple App Store Adalah Monopoli

TechnologyDigital
25 Apr 2023 • 2:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple dan Epic Games saling menyaman antara satu sama lain tiga tahun lalu selepas Fortnite dikeluarkan daripada App Store. Tindakan diambil kerana Fortnite menawarkan stor tersendiri yang memintas sistem pembelian dalam aplikasi (AIP) Apple. Selepas kes didengari di mahkamah, hakim tidak menyebelahi Epic Games yang mendakwa Apple melanggar undang-undang anti monopoli.

image is not available

Rayuan segera difailkan oleh Epci Games tetapi kini ia juga ditolak oleh mahkamah. Secara keseluruhan 9 daripada 10 tuduhan Epic Games ke atas Apple telah ditolak di mahkamah. Sungguhpun begitu Apple masih perlu memberikan pilihan kepada pengguna untuk melakukan pembayaran AIP di luar ekosistem App Store. Ini telahpun mula diberikan oleh Apple di beberapa pasaran seperti Korea Selatan dan untuk aplikasi “membaca” seperti Netflix sejak tahun lalu.

Malahan pada iOS 17 kelak, Apple akan membenarkan sideloading aplikasi bagi memenuhi RUU di Eropah yang mewajibkan pelanggan diberikan pilihan untuk memuat turun aplikasi daripada pihak ketiga.