Mahkamah Pakistan gugur kes hina mahkamah ke atas Imran Khan

3 Oct 2022 • 8:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Mahkamah Pakistan pada Isnin melepaskan bekas perdana menteri Imran Khan daripada pertuduhan menghina berhubung kenyataan kontroversinya mengenai seorang hakim.

Mahkamah Tinggi Islamabad menarik balik notis tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada Imran, pemimpin Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan, berikutan permohonan maaf bertulisnya berhubung perkara iitu.

Berucap pada perhimpunan besar-besaran di Islamabad pada Ogos, Imran dalam nada marah mengkritik hakim mahkamah rendah yang mengarahkan pembantunya Shehbaz Gill, ditahan semula.

Imran mendakwa Gill sebelum ini diseksa dalam tahanan.

Satu panel yang diketuai Hakim Mahkamah Tinggi Islamabad Athar Minallah memutuskan untuk menggugurkan kes itu selepas Imran menyerahkan afidavit memohon maaf atas kenyataannya.

Bekas perdana menteri itu, yang popularitinya meningkat sejak penyingkirannya dalam undi tidak percaya pada April, juga hadir di mahkamah sesyen pada Jumaat lalu untuk memohon maaf secara peribadi kepada hakim wanita yang disebutnya semasa perhimpunan terbabit.

Pengguguran kes penghinaan itu melegakan Imran yang kini berkempen di seluruh negara untuk menuntut pilihan raya umum baharu dijalankan.

Jika disabitkan dengan kes itu, Imran tidak boleh bertanding dalam pilihan raya dan memegang jawatan awam selama lima tahun.-Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved