Mahkamah perintah Saifuddin bayar RM670,000 kepada Sanusi

LocalPolitics
24 Aug 2025 • 11:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Saifuddin dan Sanusi

 

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar pada Ahad memutuskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersalah memfitnah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada 2023.

Tuduhan itu berkaitan dakwaan Sanusi mencuri unsur nadir bumi (REE) dan penyelewengan wang peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Susulan keputusan itu, Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohamad Johan Lee memerintahkan Saifuddin membayar ganti rugi am berjumlah RM600,000 serta kos sebanyak RM70,000 kepada Sanusi.

AKAN MENYUSUL