Mahkamah Perintah Suami Pengasas Dnars Pulangkan RM1.3 Juta Dalam 30 Hari

LocalPolitics
14 Aug 2025 • 12:01 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi Syariah hari ini memerintahkan suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 48, mendepositkan wang tunai RM1.3 juta milik Allahyarham isterinya, Faziani Rohban Ahmad, ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka.

Akaun tersebut dimiliki Ahmad Shah Rizal bersama anak sulung Allahyarham, Aqbar Hakim Jasman, 25.

Tempoh 30 Hari Untuk Serah Wang

Perintah itu dibuat Hakim Zaini Sulaiman yang memberikan tempoh 30 hari untuk mematuhi arahan tersebut selepas membenarkan permohonan waris Allahyarham.

“Wang tunai milik Allahyarham yang diambil plaintif dalam peti besi sebelum ini perlu didepositkan ke akaun pentadbir bersama sebelum mahkamah memutuskan tuntutan harta sepencarian,” katanya.

Waris Diwakili Peguam

Waris Allahyarham diwakili peguam Shaharuddin Mohamed dan Naimah Saupi, manakala Ahmad Shah Rizal diwakili peguam Mohd Firdaus Mohd Tamrin dan Ismail Mohd.

Shaharuddin berkata, sekiranya perintah itu tidak dipatuhi, Ahmad Shah Rizal boleh dikenakan prosiding komital.

Tuntutan Harta Sepencarian

Sebelum ini, Ahmad Shah Rizal memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk wang tunai RM1.3 juta yang berada dalam peti besi sebelum diambilnya. – The Malaysian Update