Mahkamah Persekutuan Batal Fatwa 2014, Sisters In Islam Menang Rayuan

LocalPolitics
19 Jun 2025 • 11:43 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sisters in Islam (SIS) mencatat kemenangan besar di Mahkamah Persekutuan hari ini apabila panel lima hakim tertinggi negara membatalkan fatwa dikeluarkan pada 2014 yang mengisytiharkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat. Fatwa itu sebelum ini dikenakan ke atas SIS oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor.

image is not available

Kredit foto: Berita Harian

Mahkamah Persekutuan dapati istilah merujuk kepada perseorangan bukan syarikat

Memetik laporan daripada Berita Harian, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel tersebut memutuskan bahawa fatwa itu tidak boleh dikenakan terhadap SIS kerana ia adalah entiti berdaftar dan bukan individu Muslim.

“Kami mendapati istilah itu hanya merujuk kepada orang perseorangan, dan bukan entiti buatan seperti syarikat,” jelasnya sambil menegaskan bahawa hanya individu boleh mengucap syahadah, solat, berpuasa dan menunaikan haji — yang merupakan asas utama dalam Islam.

image is not available

Mahkamah Persekutuan tegaskan tak perlu ‘tembus tirai koporat’

Mahkamah juga menegaskan bahawa tidak perlu ‘menembusi tirai korporat’ untuk mengenakan fatwa terhadap pertubuhan kerana individu yang menjalankan organisasi tetap bertanggungjawab secara peribadi.

“Tanggungjawab terhadap pelanggaran fatwa terletak pada individu di sebalik entiti itu,” ujar Tengku Maimun.

image is not available

Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan kesahan perenggan satu dan empat dalam fatwa tersebut yang ditujukan kepada individu, manakala perenggan dua dan tiga yang melibatkan agensi persekutuan seperti KDN dan SKMM dianggap tidak berperlembagaan.

Dalam pada masal yang sama, mahkamah turut menjelaskan bahawa keputusan ini tidak menyentuh kandungan teologi fatwa, tetapi hanya tertumpu pada isu bidang kuasa undang-undang.

SIS dan pengasasnya, Datin Paduka Zainah Anwar sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 2014, namun rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan pada Mac 2023.

Keputusan hari ini sekaligus menjadi kemenangan besar buat SIS dalam perjuangan undang-undangnya.

Sumber: Berita Harian (Rahmat Khairulrijal)