Mahkamah Persekutuan benarkan PETRONAS cabar ketidakselarasan undang-undang Sarawak

LocalPolitics
16 Mar 2026 • 3:44 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mahkamah Persekutuan benarkan PETRONAS cabar ketidakselarasan undang-undang Sarawak image is not available liza16/03/2026 - 15:44 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 16 Mac – Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada PETRONAS untuk mencabar ketidakselarasan dan mendapatkan penjelasan mengenai kerangka kawal selia yang terpakai bagi operasi syarikat itu di Sarawak.

 

Ketua Hakim Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah yang membenarkan permohonan itu berkata mahkamah berpuas hati bahawa PETRONAS telah memenuhi syarat untuk mendapatkan kebenaran tersebut.

 

“Selepas meneliti hujahan bertulis dan lisan, ia menunjukkan terdapat kes yang boleh dipertikaikan dengan kukuh dan permohonan itu bukan remeh.

 

“Oleh kerana ia telah memenuhi tahap untuk mendapatkan kebenaran, PETRONAS dikehendaki memfailkan permohonan petisyen dalam tempoh 21 hari,” katanya.

 

Pada 12 Jan 2026, PETRONAS telah memohon kebenaran untuk mencabar ketidakselarasan antara Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Ordinan Pengedaran Gas Sarawak 2016.

 

Berita lanjut menyusul. - DagangNews.com

Terkini featured standard