Mahkamah Rayuan arah dua syarikat WRP bayar RM16.44 juta kepada HLT Global

LocalBusiness & Finance
22 Oct 2026 • 9:11 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mahkamah Rayuan arah dua syarikat WRP bayar RM16.44 juta kepada HLT Global Image from: Mahkamah Rayuan arah dua syarikat WRP bayar RM16.44 juta kepada HLT Global johardy22/10/2026 - 09:11 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 22 Okt - Mahkamah Rayuan mengarahkan dua syarikat WRP membayar sejumlah RM16.44 juta berserta faedah kepada HL Advance Technologies (M) Sdn Bhd (HLA) selepas membenarkan sebahagian rayuan syarikat itu dalam pertikaian undang-undang yang dimaklumkan oleh HLT Global Bhd.

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, HLT Global berkata, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang menolak tuntutan HLA terhadap WRP Asia Pacific Sdn Bhd dan WRP Speciality Products Sdn Bhd.

 

Mengikut keputusan yang diumumkan pada Rabu, WRP Asia Pacific diperintahkan membayar RM10.08 juta berserta faedah, manakala WRP Speciality Products perlu membayar RM6.35 juta berserta faedah.

 

Jumlah keseluruhan penghakiman itu adalah sebanyak RM16.44 juta, tidak termasuk faedah.

 

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan HLA terhadap tiga lagi responden, iaitu Sng Beng Hock Michael, Loong Mei Yin dan Abinash Majhi.

 

Mahkamah Rayuan turut mengetepikan perintah kos yang diputuskan Mahkamah Tinggi sebelum ini dan tidak membuat sebarang perintah berhubung kos rayuan.

 

HLT Global tunggu penghakiman rasmi

HLT Global berkata, pihaknya kini menunggu penerimaan penghakiman Mahkamah Rayuan yang dimeterai susulan keputusan tersebut.

 

Syarikat itu akan membuat pengumuman lanjut mengenai sebarang perkembangan penting berkaitan kes berkenaan selaras dengan Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE Bursa Malaysia, jika berkenaan.

 

Kes itu melibatkan Saman Sivil Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur No. WA-22NCC-103-03/2022 dan prosiding rayuan berikutnya yang didaftarkan sebagai W-02(NCC)(W)-1894-11/2023.

 

HLT Global telah membuat beberapa pemakluman berkaitan perkara itu sejak Ogos 2020, dengan perkembangan terdahulu diumumkan pada 7 April 2026. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved