Mahkamah Rayuan kekalkan keputusan lepaskan Samirah dan dua remaja

8 Feb 2024 • 5:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan pembebasan Samirah Muzaffar (gambar) dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan, enam tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan dan melepaskan Samirah dan dua lagi remaja daripada pertuduhan membunuh.

Dua lagi hakim di dalam panel itu ialah Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.

Pada 21 Jun 2022 Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Samirah, 49 yang juga balu Nazrin dan dua lagi remaja masing-masing kini berusia 21 dan 18 daripada pertuduhan membunuh Nazrin selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membukitikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga mereka.

Ketiga-tiga mereka dan seorang wanita rakyat Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas didakwa membunuh Nazrin, 45, di kediamannya di Mutiara Damansara antara pukul 11.30 malam 13 Jun 2018 hingga 4 pagi hari berikutnya. -Bernama