Mahkamah Sesyen Akhirnya Putuskan Hukuman Buat Siti Bainun Selepas Didapati Bersalah

3 May 2023 • 2:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebentar tadi, Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali akhirnya didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down, Bella.

Perbuatan dua tahun lalu itu diputuskan Mahkamah Sesyen selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Hakim Izralizam Sanusi kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh akan dipenjara selama 10 tahun manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh akan dipenjara selama 12 tahun. Kedua-dua hukuman ini akan berjalan serentak menjadikan jumlah keseluruhan adalah selama 12 tahun bermula tarikh sabitan hari ini (3 Mei 2023).

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved