Mahkamah tentukan isu Perlembagaan, bukan presiden Pas

LocalPolitics
22 Oct 2026 • 1:18 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mahkamah tentukan isu Perlembagaan, bukan presiden Pas

SEREMBAN: Sebarang dakwaan berhubung pencabulan Perlembagaan Persekutuan perlu diselesaikan melalui saluran perundangan bukan menjadikan ia sebagai modal politik.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan melaksanakan sesuatu keputusan berdasarkan nasihat Jabatan Peguam Negara (AGC) daripada sudut perundangan.

Menurutnya, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan sesuatu pendirian undang-undang boleh memfailkan tindakan di mahkamah bagi mendapatkan semakan kehakiman seperti yang dilakukan oleh 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Negeri Sembilan.

“Adakah dia mencabar pandangan Peguam Negara? Sebab apa yang dilaksanakan oleh kerajaan mengikut nasihat Peguam Negara. Jadi sudah tentu kerajaan mendengarlah pandangan daripada Peguam Negara daripada segi perundangan.

“Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa-apa pendirian undang-undang itu boleh pergi ke mahkamah untuk mendapatkan semakan kehakiman, seperti apa yang dibuat oleh 10 Exco yang diberhentikan di Negeri Sembilan. Mereka sudah memfailkan semakan kehakiman,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui selepas menyampaikan Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, setiap pihak berhak membawa perkara yang dipertikaikan ke mahkamah sekiranya tidak berpuas hati selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang yang diamalkan negara.

Katanya, persoalan mengenai sesuatu tindakan bercanggah dengan Perlembagaan bukan ditentukan oleh pemimpin politik tetapi di bawah bidang kuasa mahkamah.

“Bukan presiden Pas boleh menentukan sama ada sesuatu itu mengikut Perlembagaan atau tidak. Bukan dia yang tentukan, yang tentukan mahkamah.

“Jadi, kalau mana-mana pihak merasakan apa-apa keputusan tidak mengikut Perlembagaan, mereka boleh membawa ke mahkamah. Biar mahkamah memutuskan dan bukannya memainkan sentimen politik serta menggunakan saluran politik,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa berlaku pencabulan terhadap Perlembagaan yang menyebabkan kecelaruan, dengan memetik krisis adat dan diraja di Negeri Sembilan serta pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN). – UTUSAN

The post Mahkamah tentukan isu Perlembagaan, bukan presiden Pas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved