Mahkamah Tinggi A.S Menolak Rayuan Apple Untuk Membatalkan Paten Modem Qualcomm

TechnologyDigital
28 Jun 2022 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Mahkamah tinggi Amerika Syarikat telah menolak untuk mendengar permohonan Apple yang ingin membatalkan dua paten modem yang dipegang oleh Qualcomm. Sebelum ini pada tahun 2019 Apple bersetuju untuk membayar Qualcomm RM18 bilion untuk menyelesaikan kes saman antara kedua-dua syarikat serta menggunakan modem Qualcomm selama enam tahun dengan pilihan menyambungnya selama dua tahun lagi.

image is not available

Walaupun persetujuan luar mahkamah telah ditandatangani, Apple dibenarkan untuk melakukan rayuan ke atas dua paten modem yang dipegang oleh Qualcomm. Sungguhpun begitu mahkamah mendapati Apple tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mencabar paten Qualcomm kerana persetujuan yang telah dipersetujui sebelum ini.

Oleh sebab inilah Apple masih meneruskan usaha membangunkan modem keluaran sendiri dengan Qualcomm sendiri menyasarkan ini akan berlaku seawal 2023. Usaha ini dilakukan menerusi perniagaan modem Intel yang telah diambil alih oleh Apple pada tahun 2019.