Mahkamah Tolak Permintaan Sam Bankman Fried Untuk Dibicarakan Semula

WorldPolitics
29 Apr 2026 • 9:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengasas perkhidmatan pertukaran mata wang kripo FTX, Sam Bankman-Fried (SBF) telah dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun oleh mahkamah di New York pada tahun 2024. SBF didapati bersalah dalam tujuh pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram dan penipuan atas talian yang melibatkan kerugian mencecah $8 bilion.

Image from: Mahkamah Tolak Permintaan Sam Bankman Fried Untuk Dibicarakan Semula

Februari lalu SBF memfailkan permintaan untuk dibicarakan semula kerana mendakwa mempunyai bukti bahari yang boleh membuktikan beliau tidak bersalah. Namun begitu Hakim Persekutuan AS di New York menolak permintaan beliau kerana mendapati bukti baharu SBF adalah tidak berasas.

Sebagai contoh tiga saksi yang dikatakan “baharu” sebenarnya sudah lama dikenali oleh SBF sementara tuduhan saksi diugut kerajaan adalah satu pembohongan dan bercanggah dengan rekod. Hakim turut berkata perbicaraan semula adalah sekadar percubaan untuk menyelamatkan reputasi beliau yang musnah selepas kejatuhan FTX.

SBF pada asalnya berhadapan penjara selama 115 tahun kerana pelbagai pertuduhan jenayah. Ini adalah perubahan nasib yang mendadak buat SBF yang hanya beberapa tahun yang lalu dinobatkan sebagai “Warren Buffet generasi baharu” dengan beliau berjanji mendermakan harta kekayaan untuk tujuan kemanusiaan.

View Original Article